cooking, Ramadhan

Kuih Pelita Cahaya Ramadan

Salam Ramadan

Semalam 1st puasa kan, rajinkan diri buat kuih cari resepi di Google jumpa resepi mudah buat kuih pelita ni

Nampak mudah tapi renyah juga la, sebab nak try buat sendiri acuan dari daun pandan

Masa nak buat ni mencari stepler, hampir nak give up juga la nak buat kuih ni ahahhaha tapi sebab teringin nak mencuba “Kuih Pelita Paya Jaras” hehhehe mencari satu rumah steplernya, bila dah jumpa isi/ubat stepler pula tak da hikhikhsss

Hampir-hampir nak tak nak buat dah tapi sebab dah ambil daun pandan banyak kat dalam pasu sampai togel la daunnya, sayang pula nak buang kan

Saya buat acuan bentuk tako tiga segi boleh tengok cara membuat sarung kuih pelita di youtube

Resepi Kuih Pelita ikut sukatan cawan

Bahagian hijau/bawah

  1. Air pandan 4 cawan
  2. Tepung beras 1 cawan
  3. Gula 1 cawan nak manis 1 cawan setengah

Kacau di atas api sehingga likat dan pekat kemudian masukan kedalam acuan daun pandan tako

#Tips nak senang letak dalam acuan, jangan terlalu pekat/likat, isi semasa panas panas sebab bila sejuk agak sukar nak letak jadi tak cantik bentuknya

Bahagian bawah putih/kepala

  1. Santan 4 cawan – saya guna santan kotak jadikan 4 cawan campur dengan air
  2. Tepung beras 4 sudu makan
  3. 1  atau 2 cubit garam

Kacau di atas api sehingga likat dan pekat kemudian masukan kedalam acuan daun pandan tako yang sudah berisi dengan warna hijau tu

Haaa jadilah kuih pelita ramadan saya tapi versi tako tiga segi, sedap juga kuih ni walaupun tak 100 percent  seperti Kuih Pelita Paya Jaras tu tapi seakan akan sedap dan lembut heheh

Selamat mencuba

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *