cooking

Kulat Sisir Cendawan Kukur

Assalamualaikum selamat petang salamĀ  14hb dec

Pernah tengok ka kulat sisir yang tumbuh dibatang pokok yang tumbang atau reput, hari tu balik kampung mak ada masak kulat sisir ni ya Allah memang sedap sangat, tanya mana mak dapat kulat ni? Kutip kat pokok depan rumah yang mak tebang baru ni

Jarang boleh nak merasa kulat ni tunggu hujan panas bujan panas baru la dia tumbuh tu pun kat batang pokok kayu, teringat kat Arwah Abah kulat ni memang kesukaan Abah, Abah panggil cendawan kukur hihiihihikk

Kutip dengan mak sebelum nak balik sini, dapat la satu plastik, tapi tu la bila masak sendiri bandimgkan dengan air tangan mak tak boleh la nak lawan, jadi kurang sedap, ntah la mana silapnya rasa dah ikut dah cara mak masak hiikihikhh

Selalu kulat sisir ni ada juga dijual selalu secupak tin susu RM5 tapi sikit la dapat kalau secupak tu kalau masak dapat la sejemput hehhehe

Cara masak kulat ni macam masak lemak cili api la, ada yang suka berkuah dan ada yang suka kering kering tapi nak sedap kena pedas baru terangkat makan dengan nasi

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *