cooking

Macaroni Goreng Pedas

Belajar masak menu ala barat kot menepati selera, 1st time masak Macaroni ni, masa nak beli macaroni ni pun dah pening memilih

Banyak jenis macaroni ni ya! yang besar yang kecil yang berpintal yang bersiput haihhh la. Sebelum masak pening juga mulanya, mana taknya sebab tak pernah rasa macaroni ?

Bekal Cik Abe

Google juga resepi tapi alahai banyaknya bahan bahan so complicated sangat, Macaroni cheese hang jebat la, macaroni bakar la ate teman tak ada bahan tu semua! maka kita bedal ja apa yang ada dalam peti ais tu

Make decision buat macaroni goreng pedas berdesing hihiikss

Step pertama rebus macaroni tu sampai lembut, lembut tahap bagaimana pun entah la ikut naluri kewanitaan ja ahahhaksss

Bahan Bahan Macaroni Pedas

  • Macaroni – Rebus
  • Lada Kering+Bawang besar dan putih blend
  • Isi ayam /tulang
  • Sos Cili
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Haaa… Gitu jelah bahannya janji i masak macaroni ahahhakkkss sedap tak sedap belakang kira

Cik Abe bising, cubalah masak yang abang makan! ni tak tahulah boleh telan ka tak sambil geling kepala, haishhh makan je la penat sayang masak siap ada ayam goreng cruchcy lagi tu

Lepas makan nanti comment ya BANG? jawapannya tak yah masak dah! abang tak lalu macaroni ni better mee/bihun/nasi goreng

Baru angan2 nak buat macaroni cheese hang jebat!!! dah tak kasi masak macaroni ahaaakkkss hiiihkkss

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *