Info Kucing

Makanan Kucing Jenama Pro Diet

Makanan Kucing Jenama Pro Diet mempunyai Fibre, Vitamin, Mineral, Fatty Acid Dan Protein yang mana di perlukan Oleh kucing kesayangan Kita.

Diperbuat dari Ikan Segar, tiada bahan pengawet, mengadungi omega 3 untuk penglihatan dan kepekaan yang lebih baik.

Kebiasanya saya memberikan makanan kering iaitu biskut yang dicampurkan dengan makanan basah, makanan basah boleh dibeli dalam bentuk pack kecil yang harga dalam RM1.50-RM 1.60.

Makanan Kucing Pro Diet

Kucing memerlukan nutrisi-nutrisi yang berbeza yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan dengan mencampur makanan kering dan basah adalah satu langkah yang sangat ideal.

Mengikut Panduan Makanan Harian kucing cara pemberian makanan adalah mengikut dari berat seekor kucing itu.

Seperti contoh jika kucing Putih saya berat 2 kilo maka kadar makanan yang harus diberi 40g-50g sehari dan akan bertambah 10g sekira berat kucing bertambah ke 3 Kilo.

Ini merupakan pengambilan percubaan dari saya untuk si Putih Kerana diawal usia putih telah diperkenalkan dengan Jenama Pro Diet.

Dengan itu saya telah mencuba denan memberinya pack percubaan 200g biskut dan makanan basah dari jenama Pro Diet ini selama seminggu.

Makanan terbaik untuk Kucing

Bagaimana cara untuk memperkenalkan kucing anda dengan Pro Diet ini?.

Selama ini kucing saya diperkenalkan dengan jenama lain, saya memberinya dengan campuran biskut dan makanan basah kadang-kadang dengan nasi dicampur dengan lauk ikan rebus home made.

CAMPURKAN PRO DIET secara beransur-ansur dalam makanan kucing yang biasa kita berikan selama 7 hari berturut-turut. Hari 1-2 campurkan dengan 20%, hari 3-4 50%, hari 5-6 75% dan hari 7 100%.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

29 thoughts on “Makanan Kucing Jenama Pro Diet

  1. Jika ikut cara saya tak ikut sukatan pun Cikgu, letak je dalam bekas makanan dan gaulkan sikit biskut/ makanan kering dengan pack makanan basah.

    Satu pack RM1.60 tu makanan basah tu saya bahagi 3. Kalau nak Ikut cara Pro Diet Mengikut Panduan Makanan Harian kucing cara pemberian makanan adalah mengikut dari berat seekor kucing itu.

    Seperti contoh jika kucing Putih saya berat 2 kilo maka kadar makanan yang harus diberi 40g-50g sehari dan akan bertambah 10g sekira berat kucing bertambah ke 3 Kilo.

      

  2. Anarm, putih saya ni manja mengada2 heheh, makan je ikan rebus gaul dengan nasi tapi jenis makan tak habis.

    satu lagi putih jenis makan sikit tapi kekerapan nak makan tu banyak.

      

    1. tak la mahal mana pun khairul.

      saya kandang2 tu beli yang timbang je.

      sekali sekala beli yang macam ni nak kasi putih gemuk skit.

        

    1. hahahha, gebu memang dah gebu la ni nak kasi putih gebuk sikit. Pro Diet ni nampak macam ok sikit try dulu dalam 1 week. Kalau tak serasi guna jenama asal,

        

    1. Hehehe, Akak sayang sangat putih ni. pernah hilang dari rumah menangis juga lah, beri perhatian kat putih akak ni sebab akak ni dok berdua je dengan suami.

      Kalau ada baby nanti, kurang la kot heheh.

        

  3. good info for peminat2 kucing…SA memang xde kucing….tp mmg tau pemakanan untuk kucing agak tinggi harganya sebab one of my friend ada bela kucing jenis persian…

      

    1. Hehehh,saya pelihara kucing kampung jer SA, Putih saya ni kadang2 selera kampung juga, tak boleh nak tinggal makan nasi putih gaul ikan.

      Dalam Banyak2 makanan yang paling selera putih makan, itulah Nasi yang digaulkan dengan ikan.

        

  4. heheheh, elah kucing kat kampung akak pun dulu kasi tulang dan kepala ikan seronok sngat kan.

    Untung putih akak kan, Akak kasi makanan spesel untuknya heheh.

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *