Apa nak jawab bila berlaku macam ni
Jawabnya tanggung sendiri la
Inilah diantara masalah orang mata rabun
Mana tidaknya nak tak nak mesti akan terjadi juga
Kita jagalah baik macam mana pun
Ada masa terjatuh, terduduk, terpijak sendiri
ada masa orang lain punya hal
Memang hangin satu badan
Lumrah hidup orang rabun ni
Bila berlaku perkara ni mesti cakap nak minum carrot/lobak setiap hari
Tapi semua tu dah terlambat la ko dah tua la cheq oii! hihihi
Nasib baik ada penyelamat
Selongkar kabinet, laci dan kotak bagai
Nasib baik jumpa
Glasses lama ni
Boleh la buat sementara waktu
Waktu kecemasan macam ni bedal je asal boleh
Hakikatnya bingkai cermin mata dah kembang
Bila pakai jadi senget, bila tunduk tiba-tiba dah kat lantai
Powernya pun dah berkurang
Tunggu weekend ni nak pi buat lain
Dengar kata Kedai Cermin Mata di Sungei Wang Plaza Murah?
siap dalam beberapa jam je? yeke?
Rabun ni terdiri dari beberapa jenis iaitu
Rabun silau,rabun jauh dan rabun dekat
Banyak-banyak rabun kan, rabun apa yang paling teruk?
Cuba teka?
Ahahahahha Rabun Ayam la jawabnya
sebab ayam rabun malam
Sebab tu kalau nak
Tangkap ayam kat atas pokok, tangkap waktu malam
Kita dok sebelah pun ayam tu tak perasan
Arghh! apa yang ko merapu dah ni,
Pening tak de spek mata, stress pun ya
Mata tak nampak dengan jelas, boleh buatkan kita
kurang fokus dan pendengaran kurang jelas
Ini fakta bukan auta okeh!