cooking

Menu Wajib Bulan Puasa dan Setiap Hari untuk Suri Rumah Masak

Alhamdulillah dah masuk puasa yang ke 6 hari ini, ingat nak pergi bazar ramadhan la hari ni, nak beli air tebu dan kuih tepung pelita tapi hujan pulak, guruh berdendam dentum kat langit mmmm.

Tak apalah jika ada rezeki dapat la merasa air tebu dan tepung pelita tu kalau tak esok masih ada kan.

Ramadhan ke tiga baru ni ada buat Siakap Tiga Rasa tapi rasanya bermacam-macam rasa pulak. iyelah bulan puasa ni! tukang chef masak pun puasa so jadilah rasa bermacam-macam kan.

Ikan Siakap 3 Rasa

Siakap Tiga Rasa

Siakap bermacam rasa, abang cakap siakap ni ada rasa tom yam ahahhaha, oh! mungkin terletak daun limau purut dan serai so jadilah siakap rasa rasa bertom yam. Sedap boleh tahan, licin tinggal tulang je.

Hari ini ingat nak bakar ikan Talapia, bakar dalam pemanggang je, kalau dapat bakar macam kat kampung lagi sedap kan. Tapi ni kawasan perumahan mau berkepol asap masuk rumah orang nanti! tak pasal-pasal kena sergah hihikkk.

HABIB ni rajin sungguh hantar kad raya siap sampul duit raya lagi, cantik sangat siap boleh scan sampul tu pastu akan keluar video anzalna dan family sebagai duta tahun ni.

Kad Raya Habib

Sampul Duit Raya

Scan sampul tu akan keluar video.

Upload video sendiri share boleh menang Jewellery Tau? detail What’s your Raya Story?

Tiap-tiap tahun kot Habib ni akan kasi kad raya, sampul raya, voucher pandora dan ice watch. Dapat juga tambah jadi sampul raya tahun ni, yang tahun lepas pun masih ada so tahun ni tak yah beli sampul raya jimat selalu.

Teringat pernah Kumpul Kad Raya masa belajar dulu sampai sekarang masih simpan, surat lama-lama pun ada saja simpan sebab semua tu kenangan.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *