Ramadhan

Niat Puasa Ramadhan

Niat Puasa Ramadhan
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Niat Puasa Ramadha
Maksud Puasa
Adalah menahan diri dari makan dan minum serta dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Waktu yang seelok-elok berniat
Bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Sunat ketika Berpuasa
Makan sahur serta melambatkanya.
Menyegerakan berbuka
 sunat berbuka dengan buah kurma dan makanan yang manis atau air.
 Menjamu orang-orang berbuka puasa
Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan sesama kita.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *