Apabila berhasrat ingin memelihara kucing, pemilihan pasir sangat penting kerana kita memeliharanya di dalam rumah. Pasir yang terdapat dipasaran memang berbagai-bagai ditambah dengan pelbagai fungsi agar memudahkan si tuan yang memelihara kucing itu sendiri.
Di atas terdapat beberapa produk pasir kucing yang pernah saya guna, Mengikut pengalaman saya semasa menggunakan pasir kucing dari jenama CATSAN ianya sangat berbaloi kerana di dalamnya menggandungi pelbagai fungsi seperti menggumpal serta terdapat wangian agar najis kucing tidak berbau.
Harga Pasir Kucing jenama CATSAN dalam RM13.99 yang berwarna biru unggu, RM12.99 untuk biru hijau. Keduanya mempunyai fungsi menggumpal. Tapi saya prefer guna yang biru hijau sebab murah la kan.
Bagi yang mementingkan sedikit penjimatan dalam pemilihan pasir kucing yang terbaik, sekarang ini saya menggunakan jenama FIRST CHOICE dengan harga yang agak murah berbanding CATSAN.
Harga Pasir Kucing jenama FIRST CHOICE lebih kurang RM9.99 dan mempunyai fungsi menggumpal dan yang penting murah.
Kandungan dalam Pasir Tandas Kucing Jenama FIRST CHOICE ianya terdiri dari bahan Bentonite, Lime Based Mineral, Sumber Mineral dan Kapur.
Cara Penyediaan Pasir Tandas Kucing
- Taburkan Pasir Tandas Kucing kedalam bekas
- Buang Pasir Tandas yang telah tercemar dan gantikan dengan yang baru
- Setiap 13-15 hari buang kesemua pasir yang terdapat dalam bekas dan gantikan yang baru
- Jika mengikut pengalaman saya, saya prefer mengantikan dengan kerap agar kucing tidak terkena najis buangannya sendiri.
Mana nak cari pasir kucing murah.bajet x de
syuk
Kalau jenis gumpal tu perlu tukar berapa lama ye supaya tak bau ucuk..
Mr Kitty