cooking, Diaries, info

Pengalaman jumpa ikan todak

Pengalaman yang menyeramkan ahahahhha

Tak citer lagi dah tak tahu nak gelak ka nak nangis, seram plus lucu sangat ahahahhaha

Hari tu pi la Giant Kinrara, punya la ralit pilih ikan sekali terkejut  tengok ikan todak ni! nyaris nak kena muncung ikan todak tu

Tengok tu muncung tu seram tengok nasib tak tercucuk, muncung ikan todak ni dah kena tape hihiiiih

Besar kalau tengok depan depan  takut pun ya, nasib dah tak bernyawa kalau tak habis semua dalam Giant kena todak dengan ikan todak aahhahaha

Ikan ni susah kot nak tangkap, ni sapalah yang berjaya menaikkan ikan todak ni kedarat

Susahkan nak tengok ikan besar macam ni depan mata, selalu ada la tengok besar betis ja, ni hambekkk kau…… Bapak besarnya ahahahhaha

Apa lagi tanpa membuang masa, ambi gambar hhihihi ingat nak selfie tapi takut pula seram tengok ikan todak ni

Sebab ikan todak ni juga la, terjadinya asam pedas ikan parang, nak masak ikan todak tak dapat kita masak asam pedas ikan parang hkkhikhhss

Tak pernah beli ikan parang dan tak kenal pun dengan ikan parang ni selalu dengar ja nama ikan parang tak tahu akan bentuk dan rupa si ikan parang ni, adalah tengok kat keropok cap ikan parang hehehhehe

Beli juga la sebab tertengok ikan todak kan, beli bahagian ekor bila  potong dapat 3 slice, ikan parang memang sedap masak asam pedas jadi masaklah asam pedas ikan parang

Nanti saya share asam pedas simple letak bendi next entry Asam Pedas Ikan Parang

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *