Pengikat Kasih Suami dan Isteri

Pengikat Kasih Suami dan Isteri

Alhamdulillah sejak berumahtangga ini saya dan suami memang rajin buat karipap bersama-sama. Dalam bulan puasa ni pernah buat Karipap Pedas.

Kami happy dapat buat sama-sama didapur dimana tanpa kita sedar ianya mengikat kasih dan sayang antara kami berdua. Bergelak ketawa bersama-sama semasa menyiapkan Karipap Cinta Kami ini.

Karipap Sedap Pedas

Gambar diatas merupakan Karipap Berinti Kentang+Daging dan agak tebal kulitnya berbanding dengan Karipap Berinti Kentang+Bilis yang agak sedikit nipis.

Karipap Pedas

Karipap Cinta kami, Inti dan kulit memang saya yang sediakan, suami tolong mesinkan je, saya yang kepitkan jadi bentuk karipap guna acuannya.

Tapi ada yang perasan tak!? ada dua Karipap Besar tu, ha! yang tu suami yang buat guna tangan je. Memang cantik kelim bunga karipap saya pun kalau buat tak cantik macam tu.

Tips Pengikat Kasih dan Sayang yang selalu saya cuba buat adalah seperti :-

  • Masing-masing ada hobi kan, apa salahnya ikut dan support hobi masing-masing seperti contoh suami saya memang minat Aquarium kan, saya pun ikut minat sama.
  • Masing-masing ada mood, cuba faham dan mengerti apa yang menyebabkan mood itu terjadi, cuba jauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan mood  tak bagus pada pasangan, yang mana boleh menyebabkan pergaduhan dan percanggahan pendapat, Kalau boleh cuba elakkan.
  • Masing-masing ada pendirian, cuba hormati pendirian masing-masing tapi harus faham juga perasaan pasangan. Saya sebenarnya garang orangnya dan pendirian sukar nak ubah tapi sebab suami saya tetap akan turuti tapi ikut keadaan juga.
  • Salah seorang harus mengalah, sebagai contoh sebelah pihak harus cepat-cepat sedar mengapa tiba-tiba pasangan bermasam muka dan terasa hati. cepat pujuk pasangan anda. Kalau saya suami memang bukan kaki pujuk memujuk, saya faham situasi tak adalah nak merajuk ni.
  • Cari aktiviti yang boleh dibuat bersama bagi yang sudah ada anak, boleh cari aktiviti yang bersesuaian, seperti beriadah dan masak memasak pun boleh seperti contoh saya dan suami rajin buat Karipap Cinta.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

33 thoughts on “Pengikat Kasih Suami dan Isteri

  1. karipap karipap cinta tu…so suwweeetttt…
    jangan stress dgn apa org kata pasal cahaya mata, kami pun pernah rasainya setahun lebih belum ada rezeki, sekarang dah nak masuk 2 orang dah.
    Allah bagi masa untuk kami kenal hati budi dan ber-honeymoon puas2, yeler kami bercinta lepas nikah…
    oleh itu enjoy saat2 honeymoon skrg ni yer 🙂

      

    1. Hihii, Suweeett sebab suami yang buatkan, Yela Ejam, bukan apa, awal perkahwinan terasa stress juga tapi semakin hari semakin biasa dengan keadaan ini bila saya titipkan rasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan sekarang ini. Tapi tu lah tak larat nak dengaq bila ada yang cuba menyangkal tentang ketentuan ilahi.

        

    1. Betul myra, Kami selalu buat banyak benda bersama memang happy tak la rasa sunyi sangat bila berdua. Lagipun kami selesa dan hayati waktu begini.

        

  2. sukanya SA tgok karipap cinta u olls tu…x per la..jgn fikir sangat apa orang nak kata..qada dan qadar dari allah..ajal maut, jodoh semua dari allah..ada yang lagi lama belum dikurniakan cahayamata..adik SA pun dah 2 tahun kahwin…still belum ada rezeki..chill…enjoy your moment with hubby dear…

      

  3. Terima Kasih Suriaamanda, Tulah sekarang memang tak fikir sangat cuma berusaha dan ikhtiar dan pegang pada ketentuan dan REZEKI. Tapi yang tak berapa nak faham dengan orang yang masih cuba pertikaikan, ada je fikir yang bukan-bukan.

      

  4. tolak ansur tu mungkin senang untuk dipraktikkan..tetapi untuk redha tu yang susah…jangan dok mengata suami walau dalam hati.

    kalau dah tak setuju , tak boleh lepaskan…sebab dgn niat nak bertolak ansur…hati pun kena jaga..jangan dok mengata dan mengungkit dalam hati..Allah tau 🙂

      

    1. Betul tu , Tolak Ansur selalu praktikan juga Kak Kujie, Selain dari tu selalu berinteraksi w/pun suami memang seorang pendiam, tapi dapat isteri suka bercakap ni, suami memang tak diam la hihih.

      Tak pernah mengungkit dalam hati, selalu saya Directly je hihiihi. Raya nanti minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

        

  5. Emm so sweeetttt…terima kasih azie kongsikan tips tu..walaupun nampak remeh, tapi sukar juga nak ikutinya dengan baik..hehe..semoga azie dan suami akan berbahagia sampai bila2..hehe

      

  6. Terima Kasih Hafizul, yela kita kena bermula dari asas, saya ni kira junior dalam Alam Rumahtangga, bermula dari satu tahap ke satu tahap. Belajar dari orang pengalaman dan ambil yang mana boleh dibuat rujukan.

    In Shaa Allah, Doakan terbaik untuk saya dan suami, semua pasangan ingin bahagia sampai kehujung nyawa dan Syurga kan.

      

    1. Yup betul tu azie..insyaAllah..selagi mana kamu berdua menjaga hubungan alam rumah tangga dengan baik, selagi tu lah kebahagiaan tak pernah ada surutnya..

        

  7. Encikarman, doakan la ye, dibulan Puasa Bulan Berkat, mana tau mustajab doa2 untuk kami berdua, Alhamdulillah. Romantik la juga bila berdua ni, harap sampai ketua romantik cegini hiihih.

      

      1. Ejam! minta titan huraikan, saya ni baru lagi bab2 ni hahahahah, Ayat Titan ni kalau disalah tafsir boleh jadi Haru. jap pi tanya Titan sat, Ehhhh! Apa sebenarnya maksud hang Titan? Ejam nak tau ni.

          

    1. Huhuhhu, sedap cukup rasa hihiiii ditambah pula dengan air Tangan suami Dan isteri bertambah sedap la BLackrosehunter

        

    1. Tulah Muktasim, w/pun nampak macam biasa2 je kan, tapi dari situ kita boleh kenal watak dan perwatakan masing2. salah satu cara kita boleh pupuk kemesraan dan kasih sayang.

      Sebagai contoh, saya ada ada menanam bunga kan, tiap2 pagi sebelum pergi kerja suami akan siram bunga tiada paksaan.

        

Leave a Reply to Azie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *