Mata adalah salah satu aset yang paling bernilai dimana tanpa mata kita tidak dapat melihat keindahan di atas muka bumi yang terbentang luas ini. Bersyukur dengan apa yang ada.
Tidak kisah mata kita sepet ala-ala korea ke, arab ke, hindustan atau myamar sekalipun. Cukuplah dilahirkan dengan penglihatan dengan merasa seribu kemanisan dan keindahan ciptaan Tuhan.
Rabun boleh dirawat dengan pemakaian kaca mata, kanta lekap dan juga pembedahan. bagi mengetahui jenis-jenis dan masalah yanng kita alami, lebih baik pergi dapatkan rawatan daripada Optometris bertauliah.
Saya seorang yang bercermin mata mempunyai tahap kerabunan dan kesilauan yang tinggi dimana tahap kesilauan saya sukar untuk mengagak atau melihat serta cam sesuatu objek mahupun rupa seseorang dari jarak yang dekat.
Suami sendiri pun kadang-kadang saya tak cam kalau terpisah kat pasaraya tanpa cermin mata haahhhh! gelabah mencari dah la tak bawa phone, sapa nak jawab tu. Suami pun rabun tapi tak teruk macam saya.
Pengalaman memakai cermin mata bagi saya amat merimaskan jika mengenakan tudung dan nampak tidak menarik, oleh itu saya mahu memakai Kanta Lengkap (Contact Lens) tapi apa kan daya, lens untuk mata seperti saya agak mahal kerana saya mempunyai tahap kerabunan dan kesilauan yang tinggi. Mata kiri dan kanan berlainan power dan kesilauannya turut berbeza.
Jika diikutkan hati memang teringin memakai lens tapi budget untuk 6 bulan mencecah RM400 Bayangkan jika setahun bukankah sudah RM800. Memang tidak berbaloi langsung.
Rabun terdiri dari 3 jenis iaitu rabun jauh, rabun dekat dan rabun silau
Saya dalam kategori Rabun Silau (Astigmatism) dimana mempunyai rabun dan silau yang tinggi. mata kiri dan kanan berbeza power lens dan tanpa cermin saya sukar untuk melihat dengan jelas dan jika diwaktu malam langsung tak nampak.
Dekat 5-6 kedai saya pergi menyuarakan hasrat hati untuk memakai Lens semuanya menggelengkan kepala dan mencadangan agar memakai cermin mata sahaja.
Silau adalah – kedudukan lens anak mata kemungkinan sudah lari dari kedudukan asal. Saya dinasihatkan jangan membaca sambil mengiring dalam masa yang lama kerana kebiasaanya akan meyebabkan silau semakin teruk.
KAROT sejenis sayuran yang berubi dimana mempunyai kadungan vitamin yang berguna untuk mata. Vitamin yang terdapat dalam karot sedikit sebanyak dapat menyelamatkan mata dari rabun dan silau yang teruk.
Tanda-tanda rabun silau
- Pening Kepala
- Mata Berair
- Penglihatan Kabur
- Sensitif dengan Pencahayaan
- Mata Sentiasa Letih
makanan berasaskan buah amat baik untuk kesihatan mata..
Syarih
Syarih, Buah-buahan banyak khasiatnya. Banyak-banyak buah, ciku saya tak boleh nk makan hihihii.
aziewan