cooking

Resepi Asam Pedas Ikan Parang

 

Ikan parang selalu sedap masak asam pedaskan jadi memang beli siap siap sayur bendi nak letak dalam asam pedas ikan parang. Tapi sayang seribu kali sayang my  hubby tak berapa berselera masakan yang berkuah ni

Dia lebih suka yang bergoreng macam ikan goreng, sotong kunyit, daging goreng semua yang bergorenglah, cuma kuah ni kurang mengikut selera dan tekaknya

Tapi nak buat macam mana saya pun ada selera dan tekak saya, sekali sekali saya masak ja la apa saya nak makan hikihiikhhhhsss

Resepi asam pedas cara saya sangat simple bahan bahan Asam pedas ikan parang:-

  1. Ikan Parang 3 potong
  2. Cili kering #
  3. Bawang besar 1 biji #
  4. Bawang putih 1 ulas#
  5. Halia  seinci #
  6. Kunyit hidup seinci #
  7. Lengkuas
  8. Daun Kesum
  9. Asam keping/Asam jawa
  10. Bendi

Click nak baca Pengalaman terjumpa ikan todak serammmmm!!!!!

Cara cara masak asam pedas:-

  • Blend atau tumbuk bahan bertanda # sehingga hancur
  • Masuk dalam periuk dan letak 4 5 gelas air
  • Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan perasa/gula
  • Masukkan lengkuas dan Asam keping
  • Bila reneh kali kedua masukkan ikan parang
  • Daun kesum dan bendi

Apa lagi santap la selepas masak tu kan, tapi  Asam Pedas Ikan Parang ni lagi sedap kalau kuahnya diperangat bawa ke esok mau sedap pekat likat hhhhhmmmm sodap yaamatt….

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *