Aziewan.com

Resepi Bubur Jagung Berkrim.

Resepi Bubur Jagung Berkrim.
Walaweh bab masak ni memang tak pandai tapi cuba-cuba sebab teringin nak makan bubur jagung. Simple jer bubur jagung ni. tak banyak bahan dan memang mudah disediakan yang penting rasanya boleh tahan.
 
Bahan-bahan
  • Jagung Tin (Ayam Brand Creamer)
  • Sagu
  • Santan Kotak
  • gula
Lihat bahan-bahan diatas sangat la ringkas cara masaknya sangat mudah jer. Sebelum tu sagu haruslah direndam terlebih dahulu agak-agak kembang dah boleh siap untuk memasak. Jom main masak-masak bubur jagung ala-ala krim.
 
Cara-cara
  1. Masukan santan kotak dan campurkan sedikit air kosong dengan api yang perlahan.
  2. Masukan gula ikut sukatan manis yang digemari agak-agak sahaja dan kacau
  3. seterusnya masukkan sagu yang telah direndam dan kacau.
  4. Kacau sagu tersebut sehingga bertukar menjadi jernih dan cantik kemudian dengan pantasnya masukkan jagung tin, agak-agak jer kalau banyak lagi sedap.
Sebenarnya saya baru lepas dari sakit yang tak dapat diceritakan tak perlah kita main masak-masak yea. Time ni hubby busy siapkan kerja sambilannya dibilik khasnya dirumah ni. Kuat kerja sungguh hubby untuk masa hadapan kami juga.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *