Hari ini masak “Daging Masak Kicap Pedas”. Ini salah satu menu yang akan saya masak untuk berbuka puasa nanti. Bahan ringkas dan mudah serta cepat.
Resepi Daging Masak Pedas Simple
- Daging perap dengan kunyit dan garam
- Kicap
- Bawang besar/kecil-
- Bawang putih
- Halia
- cili api
- serbuk lada hitam.
- Garam / Serbuk perasa
Semua bahan saya hiris je termasuk bawang kecil/besar, bawang putih halia, cili padi ketuk je dalam 2-3 biji. Dalam menu ini Saya guna daging Fresh sebab malas nak masak lama-lama.
Goreng daging separa masak dan masukkan kicap, kemudian masukkan bahan yang telah dihiris senduk sendikkan daging, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa senduk sendikkan sehingga masak sebelum angkat masukkan sedikit lada hitam.
p/s:- Suami sudah balik selepas magrib dah boleh makan. Lapar nya dari pagi makan roti je ni.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
Menu feveret ni,mak saya selalu masak
wazy
@wazy. yep menu mak2 kita ni. biasa mak2 ni nk masak ringkas tp sedap untuk anak2 kan. try la masak mudah sgt.
Azie
cili api wajib ada. kawan saya dia kata kalau makan mee ke nasi goreng ke dia kata tak sah tak ada cili sb kata cepat jemu.. erk..dia katalah tpai bila pikir balik betul juga heeee
suri
Yela suri suami saya ni kalau tak pedas katanya tak umpphhh!!! setiap dinner mesti nak sambal,belacan/tumbuk tapi kadang2 tak buat juga sambal. nak jaga kesihatan dia juga.
aziewan
awk apa maksud perkataan sendikan ? hee..
lapar2 bak sini saya nak juga..harini saya nak masak sahun campur kentang..cepat dan ringkas sb anak suka menu tu.kalau saya masak pedas2 anak suka tolak mentah2 silap2 dia tak mahu makan huhu…
suri
Semalam ingat nak masak daging letak kentang, tapi dicari dan digodek2 dapur tu, dah habis rupanya hiiihi. Saya lunch tak masak, masak untukdinner je, makan dengan suami. Hari ni ingat nak masak ikan terubuk bakar je.
aziewan
Hehe..untung suami dapat isteri baik hati dan pandai masak mcm ni..hehe..
Hafizul
Tak da la pandai masak sangat pun @ Hafizul, biasa2 je. Menu tu awak pun boleh masak kot! senang je ce tengok ingredient semua pakai hiris2 je.
aziewan
Hehe..saya masak maggi boleh la..terima kasih azie..hehe
Hafizul
Perasan tak? kalau dekat Restoran @ Hotel2 kebanyakkan Chefnya terdiri dari Lelaki kan. Itu nama lelaki lagi terer masak. cuma Perempuan ni tanggungjawab dan tugasnya memasak untuk family. Suami saya kalau bab buat sambal memang terbaik.
aziewan
wuuh sedap menu ni…pcl suka sangat mkn daging kicap.
PCL
Rata-rata memang orang suka Daging Masak Kicap ni. Ayam masak kicap pun Best PCL.
aziewan