cooking

Resepi Gulai Ikan Keli

Assalamualaikum salamĀ  Ramadan kesebelas

Teringin nak makan gulai ikan sembilang, tapi ikan sembilang kan susah nak cari jadi ganti dengan ikan keli ja la, rupa lebih kurang rasa pun lebih kurang juga

Gulai Ikan Keli Campur Terung

Bahan bahan

  1. Ikan keli – campur dengan serbuk kunyit untuk hilangkan bau hanyir ikan
  2. Terung Bulat
  3. Bawang putih, bawang besar dihiris atau ditumbuk
  4. Halia dihiris
  5. Rempah serbuk kari ikan
  6. Rempah ratus 3 sekawan
  7. Santan
  8. Lada besar sebagai penyedap mata hiasan
  9. Garam dan perasa

Cara-cara

  • Tumis bawang dan rempah ratus tiga sekawan adik beradik hehhheh tumis sehingga naik bau
  • Kemudian masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air tumis sehingga pecah minyak
  • Masukan sedikit air dan biarkan mendidih kemudian masukan santan, santan jangan terlalu banyak tau
  • Lepastu masukan terung, sebab terung bulat ambil masa nak masak jadi masak sedkit lama
  • Terung dah nak masak baru masukan ikan, ikan keli ni kejap ja nak masak jangan terlalu lama nanti hancur

Simpe ja cara masak tapi itulah kadang jadi kadang tak menjadi gulai yang sedap tak sampai piawaian seperti yang diinginkan hehehhe

Tips dapur

Cara bersihkan ikan keli

Ikan keli kalau beli yang masih belum diproses memang sukar, sebab kena bersihkan lendir ikan keli tersebut memang agak renyah dan menggelikan ahhahahah nama pun ikan keli nak dekat dengan geli hikhikhhkhh

  1. Rendam ikan keli dengan cuka, rendam sekejap kemudian bilas dengan air, bilas la sampai bersih kalau tak tak yah la masak nanti berbau hanyir ikan keli tu
  2. Letak serbuk kunyit
  3. Lagi satu tips beli yang dah siap proses balik rumah baik cuci terus masak hehehhe tips yang menyenangkan hidup

Selamat mencuba kot ada yang suka makan ikan keli, selain masak gulai sedap goreng celup tepung tak pun goreng berlado

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *