Resepi Lala Pedas

Lala atau retak seribu ni sejenis makanan laut yang terpaling suka, tapi jarang boleh makan sebab susah nak jumpa

Selalu kalau ada jumpa memang akan beli dan masak pedas, itu memang kegemaran abang juga

Pernah cuba try test masak lemak cili api,  tapi kurang selera nak makan prefer masak pedas lagi sedap

Bahan utama

  • Lala

Bahan tumisan

  • Cili blend
  • Bawang blend
  • Sos tiram
  • Bawang putih 1 biji
  • Sos tomato
  • Cuka

Bahan sampingan

  • Garam
  • Gula

Caranya

  1. Tumis bawang putih yang telah diketuk sehingga naik bau, kemudian masukan bawang blend , tumis sehingga naik bau dan garing kemudian baru dimasukan cili blend
  2. Bila tumisan pertama dah garing, masukan sedikit gula, sos tomato, kicap dan sos tiram serta cuka, masak sehingga betul betul cili tu garing
  3. Jika pekat masukan sedikit air, kemudian masukan lala dan bahan sampingan seperti garam dan gula

Suka masak yang simpe ja, tapi boleh terima dengan selera itu sudah memadai, belajar masak sampai pandai dan sedap

Selamat mencuba

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *