cooking

Resepi Mee Goreng Daging Mudah dan Sedap

Resepi Mee Goreng Daging Mudah dan Sedap

Bahan bahannya

  1. Mee Kasar 1 bungkus
  2. Daging satu atau dua genggam
  3. Bawang besar dan putih dihiris
  4. bawang besar dan putih diblend
  5. Cili kisar 2 atau 3 sudu
  6. Kicap manis/pekat/hitam
  7. Sos tiram
  8. Sos cili
  9. garam
  10. perasa
  11. sawi

Cara masak mee goreng :-

  • Tumis bawang hirisan 1/4 bawang besar dan satu ulas bawang kecil
  • Dah naik bau dan garing
  • Masukkan bawang blend
  • Kemudian masukkan cili kisar sebanyak 2 atau 2 sudu ikut pedas yang disukai
  • Tumis sehingga garing dan pecah minyak
  • Masukkan sos cili, kicap dan perasa seperti sos tiram
  • masukkan daging masak sehingga lembut dan tidak liat
  • Masukkan sawi
  • Kemudian masukkan mee kasar
  • Kacau Mee sehingga mesra dengan bahan tumis

Ok siap selamat mencuba babaiiii

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *