cooking

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh

Selera saya agak kekampungkan sedikit dan Alhamdulillah Suami pun selera kampung. Sambal Hitam ini sebenarnya memang terkenal di Pahang, tak tahu lah pula jika orang negeri lain pun pernah rasa dan mengemarinya.

Inilah pokok Belimbing Buluh yang sedang mengeluarkan bunga dan sedikit masa lagi akan mengeluarkan buah, buahnya bewarna hijau dan rasanya masam.

Masa ambil gambar pokok ini, mak dah ambil semua buahnya tak sempat nak tangkap gambar.

Kat bawah ini ada gambar belimbing yang sudah siap direbus sehingga menjadi hitam, belimbing direbus dengan garam sehingga 4-5 jam.

Bahan-bahan dalam Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Bersama ikan bilis

  1. Belimbing Buluh – dalam segengam*
  2. Lada Hijau/Cili Api/Cili Burung – 10-16 biji, ikut rasa*
  3. Ikan Bilis – 100gm-200gm*
  4. Bawang kecil/besar – dihiris
  5. Kicap / ikut suka tak nak letak pun tak pe
  6. Minyak untuk menumis
  7. Garam – sedikit ikut rasa

Cara -cara masak sambal hitam

  1. Bahan yang bertanda * diblend separuh hancur atau tumbuk dengan lesung batu lagi pure sedapnya.
  2. Tumis bawang dan masukkan bahan yang sudah dibland, kacau dan letakkan satu sudu gula.
  3. masukkan kicap agar teserlah kehitaman sambal hitam, nama pun sambal hitam kan. tak letak pun ok je
  4. masak sehingga menjadi kering.
  5. Rasa terlebih dahulu sebelum memasukan garam kerana belimbing hitam sudah masin semasa proses merebus.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *