cooking

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum

Sambal petai kikis pernah ka dengar, ini cara mak saya masak beginilah memang sedap sampai akak ipar pun puji kalau mak masak mesti sedap, haaa mestilah tengok la mak sapa kan, hihiii siapa lagi nak puji mak sendiri kan hihihi

Udang ikut suka, saya suka masuk sekali kulit udang tu sebab manis udang tu terasa tapi pastikan tahit udang tu dibuang terlebih dahulu kat belakang udang tu

Biasa la kalau makan petai ni mesti siapa yang tak tahan boleh angin satu badan dan ulang alik ke tandas je la jawabnya

Resepi Sambal Udang ni simple ja, tapi ada masa masak kadang sedap kadang tu tak sedap sebab tak pandai nak budget lada tu ada masa jenis pedas sangat

Bahan bahan

  • Udang
  • Petai
  • Cili Kering
  • Bawang Besar
  • Bawang putih
  • Asam keping/asam jawa
  • bahan cukup rasa seperti garam gula perasa

Petai ni senang nak kikis bila petai tu masih elok dan baru, kalau dah layu atau lembik better buang kulit terus

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

2 thoughts on “Sambal Udang Petai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *