cooking, info

Serbuk Kunyit Kampung Homemade

Gambar di dalam dulang tu sebenarnya hirisan kunyit hidup, di jemur sehingga kering di bawah cahaya matahari

Makan hari juga nak dapatkan hirisan kunyit yang betul betul kering, ianya bergantung pada keadaan cuaca

Selepas kering boleh la di mesin/blend sehingga hancur, sangat sedap kunyit homemade ni wangi dan lain dari serbuk yang sedia ada

Banyak kunyit hidup tu yang mak buat kunyit serbuk sendiri untuk makan sendiri je bukan untuk jualan

Tahu tak apa fungsi kunyit sebenarnnya?

Selain nak nampak cantik dalam masakan ianya adalah untuk menghilangkan bau hanyir ikan, daging dan ayam sebab tu kalau tak letak kunyit rasa kekurangan dari segi rupa dan rasa

Kunyit hidup ni selain digunakan dalam masakan ianya terbukti baik untuk kesihatan dalaman dan luaran

Pernah tak buat lulur dengan kunyit hidup, kalau selalu buat kulit akan kuning langsat dan bersih hilang jeragat

Gambar dari Google

Cara buat homemade lulur kunyit beras

  • Beras di rendam dalam air sehingga kembang, dalam dua gengggam
  • Kunyit hidup 2 buku size ibu jari kaki

Beras dan kunyit di blend sehingga separuh halus, dan boleh digunakan untuk lulur seluruh anggota badan

Warning..!! Jangan bising kalau kuning tau, dah namanya kunyit kan

Selain di buat lulur ada juga kunyit dimakan sebagai ulam dan dibuat jus

Setakat ni tak pernah lagi cuba minum jus kunyit tapi lulur tu pernah cuba masa remaja dulu, bila ingat memang lucu satu badan kuning dah macam demam kuning plak hikhikk

Pengalaman manis semasa hidup ini bila diingat dan dikenang amat dirindui, sekarang hanya tinggal kenangan

 

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *