Al-Qur'an - Fadhilat Surah - Islam

Surah Al-Kahfi dan Fadhilatnya

Maksud surah Al-Kahfi yang bererti ( Gua )
merupakan surah yang ke 18 di dalam Al-Qur’an

Ianya mengandungi 110 ayat Dinamakan Al-Kahfi kerana daripada ayat 9 hingga 26
menceritakan tentang penduduk gua yang ditidurkan oleh ALLAH SWT
selama lebih tiga ratus tahun

Terdapat banyak Fadhilat bagi yang mengamalkan membaca surah ini


Sabda Baginda diriwayatkan oleh
Al-Baihaqi daripada Abi Said Al-Khidri bermaksud :-

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat
maka terpancarlah cahaya antaranya dan Baitullah”

Hadis Riwayat Muslim dan Nasa’i

“Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi
maka terhindarlah daripada Fitnah Dajjal”

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari- Hadis Riwayat Ahmad

“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi maka jadilah baginya cahaya
daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya,
maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi”

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *