Ramadhan

Surah Pilihan dan Amalan Para Solihin

Tahun ni tahun kedua abang bayar zakat fitrah di Kaunter Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya, kebetulan dia ada kerja di dalam masjid kat sana

Semalam abang balik dari site sana agak lewat sikit sebab drop assistant kat office tapi sempat la berbuka puasa kat rumah

Nah katanya!

apa ni?

bayar zakat fitrah dapat buku ni

Alhamdulillah 😉

Tak sure buku ni terhad dikaunter bayaran zakat di Masjid Fisabilillah Cyberjaya  atau bagaimana?

Buku ni terkandung surah surah pilihan seperti al-waqiah, al-sajdah, al-mulk, al-kahfi, yassin, al-dukhan dan al-mathurat

Pengisian padat dan sangat cantik, tulisan terang dan senang semasa nak membaca

Terdapat penerangan tentang fadhilat setiap surah contohnya

Fadhilat Surah Al-Fatihah

“Surah paling Agung dalam Al-Quran”

“Munajat antara Hamba dengan Allah swt”

Surah Al-Fatihah pembuka kata iaitu surah yang pertama di dalam Al-Quran mengandungi 7 ayat dan digelar ‘Ummul -Quran / Ibn al Quran”

Penurunannya satu anugerah besar yang dikurniakan untuk umat akhir zaman

Dapat rezeki buku free macam ni pun dah happy nak-nak pulak kalau dapat hadiah dari abang! kipas jangan tak kipas nak beli baju raya ni!, sayang abang dunia akhirat 😉

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *