Maksud Waqiah adalah ( Hari Kiamat ) ianya diturunkan kerana menolak anggapan kaum kafir musyrik yang meragui berlakunya hari Kiamat
Surah ini mengatakan apabila tiba waktunya (Kiamat), sesiapa pun tidak dapat mendustakannya lagi, dan setiap amalan akan mendapat balasan
setiap apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini
Surah Waqia’ah di atas dari Surah Pilihan & Amalan Para Nabi
yang suami dapat ketika menunaikan zakat fitrah Ramadhan baru ni
Fadhilat Surah Al-Waqi’ah
Ianya merupakan surah yang ke 56 di dalam Al-quran, Surah ini boleh dikatakan mudah untuk mendapatkan rezeki serta kekayaan
Selain itu jika sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas menunaikan solat, insya- ALLAH akan mudah mendapatkan rezeki
Jika dibaca kepada orang yang sakitinsya- ALLAH akan ringanlah sakitnya
Hadis Riwayat Al -Baihaqi
‘sesiapa yang mengamalkan surah waqi’ah pada tiap tiap malam akan terjauhlah ia daripada kepapaan selama lamanya’
Rezeki bukanya datang berupa wang ringgit dan harta benda sahaja, ianya mungkin berupa dari kesihatan yang baik, anak-anak yang baik serta keluarga yang bahagia
Seeloknya bacanya sebagai wirid selepas solat Asar sebanyak 14 kali dan hafaz jika mampu
Seandainya kita ada kaum keluarga yang telah pergi dijemput ilahi jika dibacakan surah ini dapat meringankan seksa kubur Amin insya- ALLAH
Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini bermanfaat, jika dizinkan admin akan menulis tentang fadhilat setiap surah seperti al-mulk, surah al-kahfi, surah sajdah, al-dukhan dan yassin serta al-mathurat serta surah-surah yang lain
Mari kita akhiri dengan bacaan Doa Rabithah
“Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki
dan Engkau mencabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki
Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan hinakan orang yang Engkau kehendaki
Di tangan Engkaulah segala kebajikan, sesungghnya Engkau Maha Kuasa ke atas segala sesuatu
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam.
Engkau keluarkan yang hidup daripada mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup
Dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab”
( QS Ali’Imran)
Nanti sambung dengan Fadhilat Surah yang lain insya- ALLAH