Al-Qur'an - Fadhilat Surah - Islam

Surah Yasin dan Fadhilatnya

Surah Yasin merupakan surah yang ke 36 di dalam Al-qur’an dan mengadungi 83 ayat.

Dinamakan yasin kerana permulaan surah dimulai dengan huruf YA dan SIN

Hanya Allah sahaja yang mengetahui maksudnya

Dari Ma’qal Bin Yasaar r.a telah meriwayatkan Rasulullah telah bersabda:-

“Hati Al-Qur’an ialah surah Yassin,

tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung Akhirat

melainkan diampunkan oleh Allah dosanya

dan bacalah yasin kepada mereka yang hampir mati dan selepas mati”

Seeloknya surah  yasin dibaca setiap malam jumaat, ketika berlaku kematian,

ziarah orang sakit dan memohon sesuatu hajat

Riwayat Ar-Tarmizi Rasulullah telah bersabda

“Bagi sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah surah Yasin”

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang di dalamnya menerangkan tentang fadhilat,

faedah bagi sesiapa sahaja yang membacanya Al-Darimi dan Hafiz Abu Nu’aim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a

“Sesiapa yang membaca surah yasin pada waktu malam kerana mengharapkan keredhaan ALLAH,

nescaya dia akan diampunkan pada malam tersebut

Cara tertib membaca surah yasin:-

Dimulai dengan membaca Al-Fatihah Membaca selawat Nabi 11 kali Jika membaca surah yasin secara berjemaah,

bacalah serentak/bersama-sama Baca dengan bacaan yang betul dan beradab

Apabila sudah selesai bacalah surah Al-insyirah, surah Al-Qadar, surah Al-Fill, surah Al-Kafirun,

Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah Nas Disudahi dengan bacaan Doa Yasin

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

2 thoughts on “Surah Yasin dan Fadhilatnya

    1. iye betul tu Mazni Azmi
      Hadis Riwayat Muslim dan Nasa’i

      “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi

      maka terhindarlah daripada Fitnah Dajjal”

        

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *