Info Kucing

Syampu Kucing Terbaik

Alahai si manja seekor ini, sekarang sudah pandai bising-bising, almaklumlah sekarang sudah boleh dikategorikan anak dara hahahahah!!!!!. dekat 3-4 ekor kucing jantan dok mengintai-ngintai kat pintu cermin. kemain la mengantainya. Dah kena cari cari pasangan  mating untuk putih.

Kebersihan kucing memang saya titik beratkan kerana si putih sentiasa berada berhampiran dengan saya walaupun putih tidak mempunyai kutu tetapi saya memang ambil kisah akan kebersihan putih dan orang yang berada dalam rumah ini.

Memang mudah memandikan putih kerana saya telah melatihnya sedari kecil dan putih memang suka dengan air dengan itu lagi memudahkan kerja memandikannya. Terdapat pelbagai syampu kucing yang berada dipasaran. Syampu terbaik setakat penggunaan terhadap putih adalah jenis Aloe Vera jenama Friskies/ Purina siap ada perapi lagi uitttt hebat macam syampu manusia. 

Jenis-jenis Syampu Kucing yang berada dipasaran

  • Friskies/ Aloe Vera dengan perapi- Melembutkan bulu, gebukan dan wangikan bulu kucing.
  • Magis Coat – Flea & Tick Shampoo
  • DOS
  • FIDO
  • BLAZE
  • FUNNY
  • ANICKLEAN
  1. Syampu Kucing diatas boleh mematikan kutu-kutu yang berada dalam bulu dan badan kucing, walaupun kucing tidak mempunyai kutu syampu tetap boleh digunakan.
  2. Syampu Kucing digunakan berdasarkan faktor kesihatan kucing itu sendiri dan orang yang berada sekeliling selain dapat mencantikan dan mengebukan bulu.
  3. Kucing akan lebih lincah dan ceria selepas dimandikan, ini saya boleh perhatikan selepas saya memandikan putih, saya memandikan kucing dalam seminggu 2-3 kali kadang-kadang ikut mood saya juga.
Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *