Cerita Pasal Bunga, Gardening

Tanah Subur untuk Bunga Ros

Tanah Subur untuk Bunga Ros, Selain air dan pencahayaan yang cukup, akar pokok bunga yang ditanam akan menyerap segala nutrien yang terdapat  di dalam tanah.

Cara Jaga Pokok Bunga Rose Mawar

Bagaimana ingin memastikan tanah sentiasa subur :-

Jika pokok bunga ros yang ditanam di dalam pasu, pastikan tanahnya mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Jangan sesekali biarkan ianya kering. Jika berlaku tanah kekurangan air tips dari saya adalah dengan mengembur tanah terlebih dahulu sebelum disiram dan letak sedikit baja agar tanah kembali mempunyai nutrien.

Tanah yang baik untuk Pokok Bunga Rose :-

Tanah Berserat/ Tanah Bakar / Tanah Liat / Tanah Sabut lebih baik jika dicampur semuanya kerana pokok bunga ros amat sensitif dan sukar dijaga.

Jika seseorang minat dan rajin pasti akan mendapatkan hasil yang memuaskan dengan melihat bunga yang kembang dan wangi.

Tanah yang baik mempunyai mineral, kalium fosforus nitrogen dan bahan organik yang mana menjadi sumber makanan kepada pokok yang diserap melalui agar pokok.

Tahap PH tanah yang baik untuk pokok rose adalah 5.7 antara 6.0 hingga 6.8 bergantung tahap keakalian dan asid dalam tanah.

Tips untuk pokok bunga ros sentiasa berbunga :-

  • Letak hampas kulit pisang kerana ianya mempunyai nutrien yang tinggi
  • Selepas bunga gugur, cantas dahan agar ianya cepat mengeluarkan dahan baru dan bunga yang banyak
  • Siram dua kali sehari pagi dan petang
  • Gembur tanah dan letakan baja bunga
  • Pencahayaan yang baik
Sumber rujukan Wikipedia dan pengalaman sendiri

 

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *