Gardening

Tempat Murah Beli Peralatan Berkebun

Aktiviti tanam menanam sebenarnya masih belum habis sepenuhya. Masih banyak yang nak diceritakan tentang aktiviti kami berdua. Bermula dari Tanam Orkid dan cara Menanam Orkid semuanya dilakukan bersama-sama.

Pasu Bunga

Murah sangat kalau beli pasu kat sungai buluh ni, Pasu tu 3 biji Rm10, tanah hitam RM 1 saya ambil lima beg. semua yang ada belakang kereta tu hanya RM25.

Kalau kedai nursery kecil-kecil mungkin harga lebih mahal.

Kalau siapa nak tahu dan nak cari Tempat Murah Beli “Peralatan Berkebun” terus pergi kat Kedai Lot 54 Sungai Buluh ni, tempat yang saya rasa sangat berbaloi dari tempat lain. Keadaannya selesa dikawasan dalam kedai serta banyak pilihan.

Landskap Taman

 cara pemilihan pasu

Time saya dan suami pergi ni bukan main terik mentari terpacak kat atas kepala haishhhh! dengan kekurangan air dalam badan dan tekak dua2 kering.

apa lagi siap-siap beli terus balik rumah no corner-corner tak menyinggah mana-mana pun.

Petang lepas saya siapkan juadah berbuka, saya ajak suami lakukan aktiviti keluarkan peluh. Siap dah  tanam Pokok Bunga Bonsai aka Kemboja emak hoooyeayyyy.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

27 thoughts on “Tempat Murah Beli Peralatan Berkebun

  1. Emm saya terbayang gok nak buat landskap kat kawasan rumah..letak itik angsa..batu batan..perghhh nampak macam mengujakan..emm insyaAllah satu masa nanti..mood kelaut gok saya pun bab raya ni..malas rasa nak g beli baju raya…ingat sekali nk pakai yang mana ada jer..tapi…emmm

      

    1. Raya saya ala kadar sahaja, Baju lama pun ada lagI yang tak pakai dan semua baju2 padan lagi.

      Berdua ni tak kisah sangat. Kalau bertiga berempat baru la menyakan menyopping membeli kan hhihiii.

        

            1. Harimau Bintang Ke Harimau Kumbang atau pun Pak Belang.

              Kalau hang pelihara, rasanya tak sampai la seru hang nak cari yang no 3. kihkihhhh

                

    1. Saya tak hias apa2 pun Wazy, setakat beli pasu jer, tanam pokok hihihih. Sedap mata memandang dan dapat kepuasan bila tengok bunga tu berbunga.

      Hati pun berbunga-bunga bila tengok bunga berbunga, berapa banyak bunga da hihihih.

        

        1. Hai suri, yeayyy suri dah mai hhihiii, suri kat umah ni memang ada satu, dulu gugur je sebab tak pandai jaga.

          Tapi sejak letak baja dan siram ikut masa Alhamdulillah sentiasa berbunga dan harum.

            

  2. seronok juga kan ada aktiviti keluarkan peluh camni, saya malas nak menjaga masalahnya, nanti terabai pula pokok2 tu..kesian,
    nasib baik laman rumah sekangkang kera jer luasnya tanah yg ada, cukup utk tanam serai dan daun pandan saja, kalau rajin akan mencantas dan merumput sikit agar tidak serabut depan rumah..

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *