cooking, Tips Dapur

Tips Bawang Goreng Ranggup dan Sedap

Assalamualaikum salam jumaat salam barokah salam berkasih sayang

Hari ni terbelek almari dapur tengok bawang kecil dah ada yang buruk, sayangnya sebab memang jarang guna bawang kecil kadang nak goreng sayur pun guna bawang besar ja

Sebab sayang kan terpaksa jadi rajin sebab nak buang sayang, maka asingkan bawang yang masih elok tu ketepikan

Bawang kecil ni ada dua jenis tau, bawang india dan bawang bangla hihihiii,tapi paling sedap buat bawang goreng guna bawang india yang warnanya gelap sikit tau, saya bedal campur dedua ikut yang mana ada dalam bakul bawang tu ja

Hiris nipis nipis dan keringkan kemudian letak garam dan leraikan sambil sambil gaul tu, panaskan minyak biar betul betul panas baru masukan bawang

Tips nak ranggup sesetengah orang letak sedikit tepung tak kisah la tepung apa pun gandum/beras bedal ja

Tips nak elak dari bawang tu hanggit/pahit tutup api bila warnanya dah nak brown keemasan sambil kacau kacau jangan kasi hanggit, jadi bila dah nampak garing so boleh angkat tos dalam penapis besi

Tada……

inilah  bawang goreng homemade saya, buat bawang ni bukan sebab rajin tapi sebab sayang bawang tu buruk jadi nak tak nak kenalah rajin kan hikhikhhhsss

Bila dah sejuk simpan dalam bekas yang kedap udara, saya buat dua jenis yang kering dan basah. Basah tu just letak minyak lebihan goreng tadi

Kelebihan bawang yang kita goreng sendiri baunya lagi wangi dan sedap, psssttt pssstt jangan banyak sangat makan bawang tau hihiih nanti bau badan kuat tau tau tau 🙂😉

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *