Udang Kara Salin Kulit Baru

Pernah tak tengok udang kara salin kulit?

Udang kara tapi saya panggil udang biru sebab warnanya biru, pernah menjadi salah satu pet peliharaan Abang

Udang kara ni seingat saya harganya murah ja around 3 to 5 Ringgit seekor

If nak pelihara udang kara ini sebaiknya berlainan jantina tau!

Nak tahu kenapa?

sebab kalau sama jantina asyik nak bergusti ja la, ada yang tercabut kaki la, ada tu terhilang sepit kalau yang tercabut kepala tu jadi arwah la apa lagi hihihi

Apa yang magicnya kaki dan sepit walaupun dah hilang ianya akan tumbuh semasa penyalinan kulit

Penyalinan kulit udang kara berlaku adalah disebabkan faktor pembesaran saiz badan, jika terdapat kaki dan penyepit yang patah atau tercabut, ianya akan tumbuh semasa penyalinan kulit baru

Sebaiknya kulit udang yang telah tanggal tu dibiarkan di dalam tangki kerana udang kara itu akan menjadikan kulit tersebut sebagai makananya

Selepas penyalinan udang kara itu akan berubah warna yang baru, warna biru akan lebih terang dan cantik, Udang kara ini sangat mudah  untuk dijaga

Salah satu makanan udang kara adalah berbentuk pellet nipis sejenis makanan ikan hiasan kecil

Ok juga kalau pelihara udang kara ni semula, dari Aquarium yang tanam pokok/ Planted Tank tu remeh sangat banyak nak kena jaga, dari tahap kepanasan/ph airnya,cahaya/lampu kena cukup serta kebersihan airnya

Pendek kata seorang hobbyist planted memerlukan kesabaran dan kerajinan yang high level double and triple

Now hobi tu semuanya dah tiada, disebabkan kekangan masa Abang coz weekend ja Abang free masa tu la nak rest luruskan urat saraf kata Abang hihihi

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *