Aziewan.com

Yamato Shrimp Pemakan Lumut 2

Best sangat sejak ada Samsung Galaxy S4 ni, asyik tangkap gambar Yamato je, naik jeles ikan-ikan yang lain. Ok la ni nak sambung tentang Yamato bila dapat makanan memang tak kan dilayan lumut atau alga yang sebetulnya adalah tugas sebenarnya dipelihara dalam Planted Tank ni.

Tengok dengan aksi yang mengada-ngada kemain menjeling time saya nak tangkap gambar, kononnya nak bagi post yang dasyat la tu. Yamato lain memang tak berani nak dekat.

Kalau berani dekat mau nya ditaekwando dengan jari jemari kaki sesedap rasa. Ohh! memang menyakitkan hati sebenarnya pelet tu untuk ikan Neon Tetra tapi dia yang over dan pelahap.

Kasihan Yamato yang lain selepas ditaekwando oleh yang atas tu, terus merajuk masuk dalam batu belah batu bertangkup, ha! pergi makan lumut tu kemain banyak kat batu tu, kenapa di tengok je.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

2 thoughts on “Yamato Shrimp Pemakan Lumut 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *