Yamato Shrimp Pemakan Lumut

Perkenalkan Udang Pemakan Lumut aka Yamato Shrimp. Nama jer pemakan lumut tapi tak makan pun mungkin kenyang makan makanan ikan la tu. Nampak tak kat bawah perut tu ada telur tapi anaknya tak pernah nampak pun. Mungkin dah kena ngap dengan ikan Neon Tetra.

Ha! ni nak citer pasal benda alah yang kat dalam gambar tu, eeiii apa tu? sebenarnya itulah kulit Yamato Shrimp, ianya akan membesar dengan cara penyalinan kulit. Kulit tu jangan buang biar dalam Aquarium sebab boleh dijadikan makan kepada Ikan Neon Tentra.

Tugas Yamato Shrimp makan lumut tapi tengok la punya la banyak Lumut / Alga. Dekat celah batu tu tempat tidur dia. Apalah suruh makan pun susah, macam Mem kat rumah ni aka saya la tu. itu la! Yamato ni suka sangat makan makanan ikan. mana nak cekau duit beli makanan hang oiii. Maka Alkisahnya terpaksalah Boss aka Suami Buang Lumut Secara Manual. Apa punya malas la Shrimp ni.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"