Ikan Terubuk Bakar

Ikan Terubuk ni memang terkenal di Sarawak kan, kalau pergi Sarawak kalau tak bawa balik Ikan Terubuk Masin memang tak sah. Pernah sekali rasa Ikan Terubuk Masin dari Sarawak itu pun Colleagues suami outstation dekat sarawak.

Dari semalam lagi nak buat menu “Ikan Terubuk Bakar” tapi mood tu baru hari ni ada. sebab dalam peti ikan ni je yang tinggal nak tak nak kita bakor kita bakor je ler.

Ha Siap dah menunya, Tunggu lepas Magrib baru makan, Kalau makan ikan bakar tak sah la kalau tak ada air asam kan. Apalah rasa ikan bakar ni. Nak cakap sedap tak makan pun lagi. Post dulu buat entri sebab mood tengah rajin. Mood rajin ni sekejap je mai hihihi.

Senang je perap ikan dengan kunyit, garam dan sedikit minyak bijan kasi wangi. Pastu bungkus dengan daun pisang, dalam daun pisang tu saya letak sedikit keratan daun kunyit kasi naik bau wangi dari daun kunyit tu.

Pastu bungkus dan masukkan dalam kuali yang tidak melekat dan balik-balik dalam  8-10 minit siap hidangan. Sambil-sambil masak sayur dan menu lain ikan terubuk bakar pun siap.

Nak cepat masak ikan bakar jangan lupa tutup dengan penutup sebab biar ianya masak sama rata dan bau daun pisang dan kunyit tu tak hilang. Ok lah boleh masukkan dalam menu berbuka nanti ni.

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"