Resepi Sambal Hitam Basah

  • Belimbing hitam segenggam(rendam dan perah airnya sebab belimbing hitam tu masin)
  • Ikan bilis segenggam
  • Cili api merah dan hijau segenggam
  • Bawang besar 1 biji
  • Gula

Cara mudah ja saya guna, blend ja semua bahan

Step pertama blend lada dan bawang kemudian tumis

Step kedua blend ikan bilis dan belimbing hitam masukan terus kedalam bahan tumisan

Step ketiga Tumis sehingga garing dan naik bau, masukan gula untuk memberi sedikit rasa yang stabil dengan masam belimbing dan pedas cili api

Ikut selera masing masing if suka basah macam saya masak ni boleh la cuba

Kalau suka sambal belimbing hitam jenis kering boleh tumis sampai airnya kering

Sambal belimbing hitam ni selain boleh makan dengan nasi, saya makan dengan roti dan biskut kering mmmmm too much sedap

Selamat mencuba

Allahumma Yassir Wala tu'assir
"Share this"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *